MENU

PENUBUHAN PASUKAN TASK FORCE TUNGGAKAN CUKAI TAKSIRAN MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON

Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah menubuhkan Pasukan ‘Task Force’ Tunggakan Cukai Taksiran mulai 01 April 2019 bagi mengesan pemegang akaun tertunggak yang tegar. Anggota pasukan kini sedang giat  melaksanakan penghantaran Notis Peringatan Bayaran Cukai Taksiran secara  serahan tangan melalui Operasi Pintu ke Pintu (Door To Door) bermula 10 April 2019 dan akan berakhir pada 31 Disember 2019.

Operasi ini dijalankan di luar waktu pejabat termasuk hari Sabtu dan Ahad serta Cuti Umum. Sehubungan itu, orang awam diminta memberikan kerjasama kepada anggota pasukan taskforce ini ketika kunjungan mereka di lokasi harta anda.

Semua pemegang harta yang sudah menerima notis diingatkan supaya menjelaskan amaun yang tertunggak dengan kadar segera bagi mengelakkan tindakan tegas diambil termasuk tindakan penguatkuasaan selaras dengan Seksyen 148 di bawah peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Pihak Majlis tidak akan teragak-agak untuk menahan harta anda dengan pelaksanaan sitaan harta alih atau tidak alih dan boleh mengakibatkan harta tersebut dijual melalui lelongan awam atau melalui perintah Mahkamah untuk melelong premis anda selaras dengan Seksyen 149 atau Seksyen 151 di bawah peruntukan yang sama.