MENU

 

Kepada:
Semua Pemilik / Pemaju / Kontraktor
Tapak Pembinaan di dalam Kawasan Pentadbiran Majlis Perbandaran Port Dickson

NOTIS PEMATUHAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DI TAPAK BINA

Dimaklumkan bahawa selaras dengan Perutusan Khas YAB Perdana Menteri mengenai penularan kes – kes jangkitan Covid-,19. Majlis telah membuat penetapan memperkasakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020.

Sehubungan dengan itu, pihak tuan / puan adalah diarah memberhentikan segala kerja – kerja di tapak bina bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit. Majlis juga dengan ini mengesyorkan tindakan – tindakan seperti berikut diambil sepenajang tempoh kawalan ini berjalan :

  1. Mengawal, memantau dan memastikan tapak bina dalam keadaan selamat dan bersih,
  2. Memastikan tapak bina bebas daripada sebarang risiko bencana,
  3. Memastikan tiada sebarang kenderaan keluar masuk ke tapak pembinaan.

Walaubagaimanapun, arahan ini tidak tergunapakai bagi perkara – perkara seperti berikut :

  1. Bagi kerja – kerja pembinaan yang sedang dilaksanakan di mana sekiranya ditangguhkan akan menjejaskan keselamatan pihak awam adalah dibenarkan tertakluk kepada penilaian Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Keselamatan Pekerjaan (DOSH)
  2. Sekiranya kerja itu adalah kritikal (contoh : pengubahsuaian hospital bagi tujuan menyediakan fasiliti untuk menangani Covid-19) maka ianya perlu diteruskan,
  3. Bagi projek naiktaraf jalan yang sedang berjalan, pihak SO boleh mengarah pasukan Emergency Response Team untuk memastikan Pengurusan Trafik sentiasa dalam keadaan yang baik demi keselamatan pengguna jalan raya,
  4. Atas dasar keselamatan pengguna jalan raya, kerja kecemasan penyenggaraan jalan seperti penampalan pothole, pembaikan lampu isyarat, mencuci pokok tumbang dan sebagainya boleh diteruskan,
  5. Pengurusan trafik di lokasi kegagalan cerun / jalan / jambatan juga boleh diteruskan sekiranya kegagalan berkenaan mengancam keselamatan pengguna jalan raya,
  6. Pembinaan jambatan bailey bagi lokasi jambatan yang gagal juga boleh diteruskan sekiranya tiada laluan alternative lain yang sesuai,
  7. Kerja – kerja penyengaraan fasiliti yang kritikal seperti peralatan mekanikal dan elektrikal yang dijadualkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan juga boleh diteruskan.

Ingin di ingatkan bahawa pihak Majlis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kos dan kerugian yang terlibat berkaitan dengan Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Majlis memandang serius ke atas penularan wabak Covid-19 ini. Oleh yang demikian, tuan / puan dan kontraktor yang dilantik perlu mematuhi arahan yang telah ditetapkan dari masa ke semasa. Kerjasama dan keperihatinan tuan / puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih 

YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON