MENU
  1. Unit Perolehan
  1. Memproses permohonan Pembelian Terus Kerja-kerja Requisition, Bekalan & Perkhidmatan melalui Pesanan Tempatan mengikut Tatacara Kewangan semasa.
  2. Menguruskan perolehan sebutharga dan tender mulai dari pengiklanan sehingga ke Mesyuarat Sebutharga/Tender.
  3. Mengurus setia bagi Jawatankuasa Pembuka Sebutharga/ Tender, Jawatankuasa Penilaian dan Jawatankuasa Perolehan Sebutharga / Tender.
  4. Menguruskan Surat Setuju Terima bagi perolehan Sebutharga Bekalan, Perkhidmatan dan Kerja.
  5. Menyedia dan melaporkan perolehan bulanan, suku tahun dan tahunan.
  6. Menyediakan dan menyelaraskan dokumen-dokumen bagi sebutharga dan tender bagi perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja.
  7. Memastikan kerja-kerja mematuhi Akta Acara Kewangan, Arahan Perbendaharaan, Surat Pekeliling Perbendaharaan dan undang-undang yang telah ditetapkan

B. Unit Pengurusan Aset & Stor

  1. Memastikan pengurusan harta modal, aset alih bernilai rendah dan stok dilaksanakan secara cekap, teratur dan berkesan mengikut tatacara yang telah ditetapkan.
  2. Menguruskan aset alih, aset hidup dan stor kerajaan di bawah kawalan Majlis Perbandaran Port Dickson yang meliputi perkara Penerimaan, Pendaftaran, Penggunaan, Penyimpanan,Pemeriksaan, Pelupusan, Kehilangan dan Hapuskira mengikut prosedur Pekeliling Perbendaharaan (PP).
  3. Mengurus setia mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) Majlis Perbandaran Port Dickson.
  4. Menguruskan 6 Stor Utama Majlis Perbandaran Port Dickson merangkumi      Stor Utama Bekalan Pejabat (BPAS), Stor Utama Penyelenggaraan Kecil  & Stor Utama Elektrikal (J.Kejuteraan), Stor Utama Landskap (Jabatan Landskap) , Stor Utama Cenderamata ( UKPA) dan Stor Utama Kebersihan & Keceriaan   (JPPK).
  5. Menguruskan pelantikan pegawai yang berkaitan dengan Pengurusan aset dan stor.
  6. Menyediakan laporan tahunan aset alih kerajaan Majlis Perbandaran Port Dickson.   U

 

C. Unit Pengurusan Kenderaan

  1. Memastikan Majlis Perbandaran Port Dickson mempunyai sistem perekodan dan pengurusan fleet Kenderaan Jabatan yang kemas dan teratur.
  2. Menguruskan dan menganalisa buku log kenderaan jabatan.
  3. Menguruskan insuran kenderaan jabatan.
  4. Menguruskan dan memantau pengunaan kad minyak dan Touch n Go kenderaan.
  5. Menguruskan perolehan kenderaan dan memantau pengagihan,penjadualan, pemeriksaan, keselamatan dan pelupusan Kenderaan Jabatan selaras dengan peraturan semasa.
  6. Mengatur pemeriksaan mengejut terhadap kenderaan jabatan oleh Pegawai Pengawal.
  7. Memastikan semua pemandu Majlis Perbandaran Port Dickson mematuhi peraturan dan tatacara penggunaan kenderaan dengan baik dan berkesan.