MENU

OBJEKTIF JABATAN LANDSKAP

• Merancang dan menaiktaraf pembangunan landskap di kawasan Majlis Perbandaran Port Dickson ke arah meningkatkan kualiti hidup masyarakat dan persekitaran.

• Merancang dan melaksanakan program penyelenggaraan landskap yang berkualiti ke arah menjana persekitaran yang ceria dan indah.

FUNGSI JABATAN LANDSKAP

Mengawal dan merancang pembangunan landskap ke arah mewujudkan keseimbangan antara pembangunan dan alam semulajadi, disamping merangka program penyelenggaraan landskap secara menyeluruh bagi menjamin keselesaan dan keselamatan penduduk, sekaligus dapat meminimumkan peratusan aduan awam.

JABATAN LANDSKAP TERBAHAGI KEPADA 3 UNIT :

Unit Pembangunan dan Perancangan Landskap

Merancang,mengawal,memantau dan menguruskan pembangunan landskap sejajar dengan kehendak akta/dasar/garis panduan landskap/perintah pemeliharaan pokok.

Unit Penyelenggaraan dan Senitaman

Merancang,memantau dan menguruskan perkhidmatan penyelenggaraan landskap,penanaman pokok,pengurusan tapak semaian ,dan perkhidmatan hiasan.

Unit Kawalan Landskap

Memantau,menyelenggara dan memastikan pelaksanaan kerja-kerja landskap di Port Dickson dan mematuhi piawaian dan garis panduan yang ditetapkan