MENU

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

 

Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ucapkan Selamat Datang ke Portal Rasmi Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD). Sejajar dengan perkembangan semasa yang menekankan kepada penggunaan ICT dalam urusan seharian, MPPD komited bagi menyediakan Portal Rasmi yang mesra pengguna dalam penyampaian perkhidmatannya.Ianya juga salah satu mercu tanda IT dalam aspirasi MPPD untuk meningkatkan imej dan bersama-sama menyahut seruan dasar-dasar ICT kerajaaan secara proaktif.

Pengunjung-pengunjung Portal Rasmi MPPD akan disajikan dengan paparan maklumat terkini mengenai perkhidmatan yang disediakan dan juga maklumat mengenai MPPD. Kami di MPPD mengalukan-alukan cadangan-cadangan atau idea-idea dari pengunjung-pengunjung portal ini untuk kami jadikan inspirasi dalam membawa satu senario baru yang akan memberi banyak kemudahan bagi kemajuan Port Dickson sama ada dari segi pentadbiran mahupun pembangunan infrastrukturnya.

Manifestasi kepada kesungguhan MPPD  memberikan perkhidmatan atas talian terbaik, Portal Rasmi  ini telah diberikan Penarafan menerusi penilaian Malaysian Government Portals And  Websites Assesment (MGPWA) oleh Multimedia Development Corporation (MDeC). Namun begitu, saya beserta seluruh warga kerja MPPD akan terus melakukan penambahbaikkan demi mencapai kecemerlangan berterusan.

Bertepatan dengan moto MPPD ‘Kebersihan Keutamaaan Kami', saya menyeru kepada semua pihak supaya kita dapat bersama-sama berganding bahu merealisasikan inspirasi Majlis untuk meningkatkan tahap produktiviti terutama dalam keupayaan dan kecekapan perkhidmatan.

Selamat melayari Portal Rasmi Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

Sekian, Terima kasih.

 

HAJI ZAMRI BIN MAT KASIM 
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Port Dickson