MENU

Kami bersikap adil dan saksama terhadap orang ramai dengan menentukan : -

  • Pelanggan dilayan dengan mesra, bersopan santun, jujur, ikhlas dan mengamalkan sikap suka membantu.
  • Pelanggan diberi perkhidmatan dengan cekap dan memuaskan.
  • Setiap pelanggan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran yang bersih dan sempurna.

PIAGAM PELANGGAN MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON

  1. Bayaran kepada pembekal dan kontraktor disediakan 7 hari dari tarikh dokumen diterima lengkap.
  1. Tindakan semburan pengwasapan ‘fogging’ untuk kali ke dua akan dilaksanakan dalam tempoh dua hari bekerja dari tarikh notifikasi diterima daripada Pejabat Kesihatan Daerah.
  1. Memastikan  pelan susunatur dan pelan pra-hitungan yang melibatkan Kebenaran Merancang disahkan  Yang Dipertua MPPD dalam tempoh 14 hari bekerja.
  1. Memastikan maklumbalas awal kepada pengadu diberikan dalam tempoh 24 jam dan maklumbalas mengenai status pelaksanaan tindakan ke atas aduan diberikan selewat-lewatnya dalam tempoh 15 hari daripada tarikh penerimaan aduan dan membuat susulan sehingga selesai..
  1. Mengurus, menyiasat, membuat lawatan tapak dan menyediakan laporan berkenaan aduan dan masalah yang berkaitan dengan pemaju/ JMB/MC mengenai pengurusan dan pentadbiran, akaun dan penyenggaraan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh aduan yang diterima.
  1. Memproses permohonan lengkap untuk diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) dalam tempoh 14 hari
  • Permohonan Serentak
  • Permohonan Kebenaran Merancang
  • Permohonan Pelan Bangunan
  • Pelan-pelan Kejuruteraan
  • Pelan-pelan Landskap
  1. Memproses dan memberikan keputusan bagi permohonan lesen perniagaan dan penjaja dalam tempoh 30 hari.
  1. Membuat penilaian semula ke atas pegangan berkadar setiap 5 tahun sekali atau tempoh yang dilanjutkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
  1. Menguruskan penyelesaian rayuan kadar bayaran kompaun kepada Majlis dengan berkesan.
  1. Memastikan pematuhan undang-undang dan peraturan dengan mensasarkan tidak kurang daripada 50% penyelesaian ke atas kompaun yang dikeluarkan.
  1. Memastikan aduan berkaitan lampu jalan tidak menyala diselesaikan dalam tempoh 48 jam.