MENU

Dimaklumkan Majlis Perbandaran Port Dickson ingin menawarkan penyewaan dan pengurusan Rumah Peranginan Teluk Sinting di Kampung Telok, Pasir Panjang kepada pihak individu atau syarikat yang berminat. Maklumat mengenainya adalah seperti berikut:-

Rumah Peranginan Teluk Sinting (5 Unit Bilik & 1 Unit Pejabat)

3 Unit Bilik Penginapan (Jenis : 2 katil Bujang)

2 Unit Bilik Penginapan (Jenis: 1 Katil Kelamin)

1 Unit Pejabat

Pihak yang berminat boleh mengisi borang permohonan dan mengemukakan Cadangan Tawaran meliputi perkara seperti kadar sewa, tempoh sewaan, cadangan pengurusan & penyelenggaraan, faedah secara langsung atau tidak langsung kepada MPPD dan pemohon, peruntukan kewangan dan lain-lain lagi. Cadangan tersebut perlulah dihantar kepada pihak Majlis di Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, Tingkat 2, Terminal Bas Port Dickson. Sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak kami di talian 06-646 2057, Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta. Sekian Harap Maklum

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 31 DISEMBER 2016