MENU

SEKSYEN 149 AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 ( JUALA HARTA YANG DITAHAN)

(1) Jika tunggakan dan kos tahanan tidak dibayar dalam tempoh 7 hari, harta alih yang ditahan boleh dijual melalui lelong awam.

Jika harta dari jenis mudah rosak atau kos menyimpan melebihi nilai harta alih itu maka boleh dijual serta merta.

(2) Belanja memelihara binatang dan menyimpan menjadi kos tahanan.

SEKSYEN 150 AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 ( MENGGUNAKAN HASIL JUALAN )

Hasil jualan hendaklah digunakan untuk menjelaskan tunggakan, bunga pada kadar 6% setahun dan jika ada surplus hendaklah dibayar kepada pemilik harta.

SEKSYEN 151 AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 (MENAHAN DAN MENJUAL PEGANGAN)

Kuasa kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi setelah menerima permohonan PBT mengeluarkan Perintah ditahan dan dijual pegangan yang mempunyai tunggakan.

PENIAGA YANG TIDAK MENJAGA KEBERSIHAN

Tindakan boleh diambil di bawah peruntukan

a) Undang-Undang Kecil Penjaja (Majlis Daerah Port Dickson) 1982
b) Undang-Undang Kecil Melesen Tred, Perniagaan, Perindustrian dan Lain-Lain Profesyen (Majlis Daerah Port Dickson) 1983
c) Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran (Majlis Daerah Port Dickson) 1986