MENU

AKTA 173

BIL. KESALAHAN
1. Kesalahan bagi membina bangunan tambahan/ubahsuai tanpa kelulusan dan kebenaran daripada MPPD

BIL ISU
1. Permohonan Tambahan / Ubahsuai Bangunan, Kerja-Kerja Kecil dan Permohonan Bangunan Sementara
2. Permohonan Bangunan Sementara - Garis Panduan baru melibatkan pelan setara (perniagaan kecil berisiko rendah dan pelan berskala besar
TINDAKAN / UNDANG-UNDANG DIGUNAPAKAI
  1. Notis dibawah Seksyen 72 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)
  2. Semakan spesifikasi berdasarkan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UBBL)
  3. Tindakan dibawah Akta Kebenaran Merancang sekiranya kesalahan terbabit memerlukan penggunaan akta tersebut.
PENAMBAHBAIKAN PADA MASA HADAPAN
Semua permohonan dibuat melalui kaunter Unit Pusat Setempat (OSC) untuk kemudahan orang ramai. Tempoh permohonan dapat dipendekkan:
Tempoh Sebelum Tempoh Selepas
i. Tambahan / Ubahsuai 14 hari 7 hari
ii. Kerja-Kerja Kecil 7 hari 3 hari
iii. Bangunan Sementara 30 hari 14 hari
  1. Permohonan bangunan sementara menggunakan pelan-pelan setara akan menjimatkan kos memproses pelan sehingga 50% dan memudahkan pemprosesan permohonan
  2. Bagi garis panduan bangunan sementara berskala besar akan lebih fokus kepada perniagaan / operasi besar dengan syarat yang ditetapkan seperti Kebenaran Merancang Terhad bagi penggunaan selain dari syarat-syarat / kategori tanah dan penggunaan material bagi sesuatu struktur ;untuk satu tempoh yang ditetapkan.