MENU
Warung / Food Court / Medan
Central Market
Terdiri dari beberapa jenis gerai yang menawarkan berbagai jenis makanan seperti masakan kampung, masakan cina dan pelbagai jenis makanan yang lain. Disini juga terdapat pentas bagi persembahan hiburan seperti kebudayaan dan karaoke. Waktu perniagaan bermula 8 am hingga 2 am. Lokasinya adalah di Dataran Segar.
 
Sukand's Food Station
Restoran yang berada di Bandar Port Dickson, Menu utama disini ialah Nasi ayam hainan, selain itu juga disediakan nasi lemak,mee kari, asam laksa, mee sup, pelbagai jenis roti bakar dan minuman popular teh 3 layer. Selain itu juga Sukand's Food Station menyediakan perkhidmatan katering.
 
Medan Ikan Bakar Majlis Perbandaran Port Dickson
Menyediakan sajian yang enak dan lazat untuk pengunjung. Bangunan baru medan ikan bakar majlis perbandaran port dickson.Untuk lebih eksklusif.boleh cuba makan di D'terapung dikelilingi air atau medan selera ..beberapa kedai pilihan yg ada pilihan ikan yg segar.nasi lemak daun pisang.ikan bakar segar .ikan siakap,sambal cicah yg menyelerakansuasana di medan ikan bakar masih baru, bersih dan selesaBerdekatan dengan perumahan kastam PD.
 
Nasreen Seafood
Nasreen Seafood ini menyediakan hidangan makanan laut yang mempunyai berbagai pilihan mengikut citarasa pelanggan. Selain dari makanan laut, tom yam, makanan berlauk dan berbagai masakan lagi boleh didapati disini. Restoran yang dihias indah ini mengutamakan keselesaan pelanggan dan harga makanan yang ditawarkan juga adalah berpatutan. Waktu perniagaan bermula 5.30 am hingga 3.00 am. Lokasinya terletak di Batu 8 Jalan Pantai, 71050 Si Rusa Telok Kemang, Port Dickson. Maklumat lanjut hubungi 06-6628115.
 
Medan Ikan Bakar Kampung Telok Pasir Panjang
Medan Ikan Bakar yang hanya beroperasi selepas jam 5.00 pm ini menawarkan berbagai pilihan ikan segar untuk pelanggan memilih bagi masakan yang digemari. Harga di sini juga berpatutan bersesuaian dengan harga semasa. Waktu perniaagaan bermula 5.00 pm hingga 3.00 am. lokasinya adalah di Bt 16 Jalan Pantai, 71250 Pasir Panjang, Port Dickson.