MENU
Restoran
Restoran Geliga (Geliga Seafood Restaurant)
Restoran yang terletak di tepi jalan batu 9 ini mempunyai keistimewaan tersendiri selain dari lokasi yang menarik, menyediakan hiburan karaoke, menawarkan pelbagai hidangan menarik seperti seafood, makanan bergoreng dan otak-otak istimewa. Waktu perniagaan adalah 6.00pm hingga 4.00am. Lokasinya adalah di Jalan Pantai Bt 9. Maklumat lanjut sila hubungi 06-6621988.
 
Restoran Chardin Seaview Seafood Village
Menyediakan makanan barat seperti Chicken Chop, Steak dan berbagai makanan Barat yang lain. Selain dari BBQ, ia juga menawarkan makanan steam boat dimana ia merupakan pilihan utama pelanggan disini. Di sini juga disediakan hiburan karaoke bagi pengunjung menikmati makanan sambil berhibur. Waktu perniagaannya adalah 11.00 am hinggan 3.00 pm dan 6.00 pm hingga 11.00 pm. Untuk maklumat lanjut sila hubungi 06-6474569. Lokasinya adalah di Batu 1 Jalan Seremban.
 
Restoran Come Pai Mai PD Foods Port Dickson
Restoran yang berkonsepkan suasana rimba, menyediakan pelbagai jenis makanan terdiri dari masakan barat, kampung, cina dan pelbagai jenis masakan yang lain. Disini juga terdapat karaoke untuk hiburan para pengunjung sambil menjamu selera. Waktu perniagaan bermula 5.00 petang hingga 2.00 pagi. Lokasinya adalah di Lot 1142, Jalan Pantai Batu 4, Taman Eastern. Maklumat Lanjut sila hubungi 06 - 6464140.
 
Restoran Kemang Indah
Terdapat berbagai jenis juadah seperti masakan kampung, masakan bergoreng, seafood dan pelbagai jenis masakan yang lain. Layanan dan kemudahan yang terdapat di sini juga dapat memberi kepuasan dan keselesaan serta harga yang berpatutan. Waktu perniagaan bermula 11 am hingga 2 am. Lokasinya adalah di Lot 136 No 1 Bt 8 ½ , Jalan Pantai, Telok Kemang, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan. Maklumat Lanjut hubungi 012-6136630.
 
Restoran Gemilang Mutiara
Restoran yang popular dengan Som Tam istimewa ini menjadi tumpuan pelanggan yang gemarkan masakan Thai. Ikan bakar juga boleh didapati disini dengan harga berpatutan. Waktu Perniagaan bermula 5.00 pm hingga 2.00 am. Lokasinya terletak di Batu 4, Jalan Pantai, Port Dickson, Negeri Sembilan. Maklumat lanjut hubungi 06-6479987.