MENU

Pengunjung dapat mempelajari kehidupan spesis burung unta serta produk yang dapat dihasilkan darinya.

 

Di sini, pengunjung boleh melihat serta mempelajari kehidupan spesis burung unta serta produk yang dapat dihasilkan dari burung unta seperti pakaian, alat kosmetik dan sebagainya. Pengunjung juga boleh merasai pengalaman memberi makan serta menunggang burung unta.

Kemudahan
Terdapat berbagaI-bagai kemudahan yang disediakan di dalam kawasan ini seperti bangku untuk berehat, gerai cenderamata yang menjual barang-barang yang berasaskan produk burung unta, kafetaria dan sebagainya.

Pengunjung juga boleh mendapatkan khidmat pembantu penerangan di sepanjang lawatan ke sini bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas dan tepat berkenaan burung unta.

Lokasi
Batu 9, Jalan Pantai berdekatan dengan PoliTeknik Port Dickson.

Maklumat Lanjut :
Ostrich Farm Farm Port Dickson
Batu 9, Jalan Pantai
71050 Port Dickson.
Tel: 06 – 662 7496