MENU

BENDERA & BUNGA RASMI

brndera

 

PENERANGAN TENTANG BENDERA

Warna Putih : melambangkan kesucian dan menggambarkan kejujuran serta sikap amanah setiap golongan pekerja Majlis Perbandaran bagi memberikan perkhidmatan yang bersih dan cekap

Warna Maroon : Memberikan ketenangan dan Melambangkan perpaduan bangsa serta kegigihan setiap Individu untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik Untuk masyarakat setempat

 

bunga

PENERANGAN TENTANG BUNGA RASMI

Pokok Tanjung yang mempunyai ketinggian 5-15 meter mengeluarkan bunga yang berwarna kuning keputih-putihan dan berbau sangat wangi dan menawan

Nama saintifiknya ialah"Mimusops Elengi" dan berasal dari keluarga pokok "Spotaceace".Pokok ini mudah ditanam dan tidak memerlukan penjagaan yang begitu rapi serta boleh ditanam di kebanyakan tempat.

Antara tempat yang sesuai untuk pokok ini ialah di kawasan taman-taman perumahan,kawasan perindustrian dan perdagangan untuk memberikan wajah kehijaun,di pinggir tasik,sungai dan juga di tepi pantai.Selain daripada itu ianya juga sesuai ditanam tepi-tepi jalan untuk mewujudkan suasana aman dan damai,di taman-taman rekreasi,di hadapan bangunan-bangunan awam, di siar kaki dan juga di kawasan tempat letak kereta untuk mendapatkan kawasan yang redup lagi menyegarkan.

Satu lagi kelebihan pokok ini ialah daunnya kurang gugur dan dengan itu tidak mengotorkan kawasan di mana ianya ditanam dan secara tidak langsung dapat menimbulkan suasana yang bersih lagi menceriakan.Saiz daunnya yang kecil (5-16sm panjang) dan lebar (3-7sm) menjadikan pokok ini begitu rendang dan dapat melindungi daripada panahan cahaya matahari terik di waktu tengahari.

Silaranya yang sederhana dan mempunyai bentuk kanopi yang menyebar membuatkan pokok in seolah-olah bagai sebuah khemah yang dapat kita berlindung daripada sinaran sang suria ketika cuaca panas terutamanya di waktu tengahari.

Sesuatu yang menarik lagi tentang pokok ini ialah ia mempunyai akar tunjang yang kuat dan tidak menjalar serta dengan sebab itu ianya sangat kukuh dan tidak mudah tumbang walaupun angin bertiup kencang.

Bunga tanjung dipilih sebagai bunga rasmi Port Dickson sejajar dengan sejarah tempat tersebut dimana sebelum Port Dickson dibangunkan dan dimajukan ianya dikenali dengan nama Tanjung oleh orang Melayu tempatan kerana kedudukannya di teluk kecil.