|
- Bandar dan bangunan menerangkan tentang pembangunan pesat bandar Port Dickson yang sememangnya terkenal dengan kebanjiran pelancong setiap tahun.
|
|
- Perletakan layar dan kemudi kapal menceritakan aktiviti sukan pantai yang sememangnya banyak terdapat di sekitar bandar Port Dickson, kemudi kapal pula menyingkap sejarah di mana dahulunya Port Dickson merupakan antara pelabuhan awal yang terkenal di negara.
|
|
- 'Bird Migration' atau perpindahan burung sedunia yang menjadikan Port Dickson sebagai destinasi laluan Simpang Tanjung Tuan juga merupakan satu aktiviti yang menjadikan Port Dickson sebagai sebuah daerah yang dikenali di serata dunia. Aktiviti memerhati burung ini dikenali sebagai 'Raptor Watch'. Disebabkan keistimewaan inilah simbol burung terbang diterapkan ke dalam logo ini.
|
|
- Latar belakang waktu senja melambangkan keindahan kawasan pantai pada waktu senja yang menjadi kebanggaan warga Port Dickson sekian lama.
|
|
- Sementara simbol ombak merupakan tanda keindahan dan kebersihan pantai yang terdapat di Port Dickson.
|
|
- Pemilihan warna asas iaitu hitam, kuning dan merah adalah simbolik kepada warna bendera Negeri Sembilan. Sementara warna biru pula adalah simbolik kepada Port Dickson yang sememangnya dikenali dengan keindahan dan kebiruan pemandangan air lautnya.
|