Majlis Perbandaran Port Dickson telah di isytiharkan sebagai Majlis Perbandaran dengan rasminya pada 2 Februari 2002. MPPD mempunyai kawasan keseluruhan seluas 57,341 Hektar yang terbahagi kepada mukim - mukim seperti berikut:-
Kawasan Pentadbiran MPPD dibahagi kepada dua iaitu Kawasan Operasi seluas 12,402 Hektar manakala Kawasan Kawalan sediaada seluas 10,442 Hektar dan selebihnya adalah Luar Kawasan Pentadbiran MPPD iaitu sebanyak 34,497 Hektar. Sepanjang pantai Port Dickson memaparkan ciri perbandaran peranginan tepi pantai yang serba moden, kawasan pendalamannya pula menggabungkan adunan aktiviti pertanian, perdagangan dan perindustrian.
Sejarah awal Majlis Perbandaran Port Dickson bermula dengan penubuhan 2 Penguasa Tempatan iaitu Lembaga Bandaran Port Dickson - 1955 dibawah enakmen Lembaga Bandaran (CAP 137) dan Majlis Tempatan Jimah - 1952 dibawah Local Council Ordinance 1952. Kemudian pada tahun 1979 Port Dickson telah dinaiktaraf kepada Majlis Daerah Port Dickson. Oleh kerana pertambahan aset penduduk, pada 2hb Februari 2002 secara rasminya Majlis Perbandaran Port Dickson telah diisytiharkan. Pengisyitiharaan Majlis Perbandaran Port Dickson telah disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan pada masa itu iaitu Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di Dataran Teluk Kemang.