MENU

PERUTUSAN YANG DIPERTUA

 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ucapkan Selamat Datang ke Portal Rasmi Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD). Sejajar dengan perkembangan semasa yang menekankan kepada penggunaan ICT dalam urusan seharian, MPPD komited bagi menyediakan Portal Rasmi yang mesra pengguna dalam penyampaian perkhidmatannya.Ianya juga salah satu mercu tanda IT dalam aspirasi MPPD untuk meningkatkan imej dan bersama-sama menyahut seruan dasar-dasar ICT Kerajaaan secara proaktif.

Umumnya, dunia ICT sentiasa berubah dengan pantas dan tiada had sempadan. Sehubungan itu, bagi meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan MPPD, para pelanggan dialu-alukan untuk mengemukakan cadangan atau pandangan mengenai penyampaian perkhidmatan MPPD di dalam portal ini. Maklumbalas ini dapat membantu MPPD untuk melaksanakan penambahbaikan yang diperlukan dari aspek pentadbiran dan pembangunan infrastrukturnya selaras dengan moto Kerajaan Negeri Sembilan iaitu "Bersih.Muafakat.Sejahtera”

Bertepatan dengan moto MPPD ‘Kebersihan Keutamaaan Kami' saya juga berharap agar semua warga kerja MPPD sentiasa mengamalkan prinsip kerja berpasukan, bekerja dalam suasana yang ceria di samping berfikiran positif, kreatif dan inovatif untuk merancang dan melaksanakan sesuatu yang baru bagi meningkatkan kecemerlangan dan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

Selamat melayari Portal Rasmi Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

Sekian, Terima kasih.

 

MOHD ZAMRI BIN MOHD ESA
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Port Dickson