SENARAI PREMIS PERNIAGAAN BERISIKO
SENARAI PREMIS PERNIAGAAN TIDAK BERISIKO
PROSEDUR PERMOHONAN BAHARU LESEN PREMIS PERNIAGAAN DAN IKLAN.
- Borang permohonan boleh di ambil di Kaunter Jabatan Pelesenan, Tingkat 2 Terminal Bas PD atau muat turun borang di Portal Rasmi Majlis Perbandaran Port Dickson (mppd.gov.my)
- Mengemukakan permohonan di :-
Kaunter Jabatan Pelesenan, MPPD
Tingkat 2 Terminal Bas PD,
71000 Port Dickson, Negeri Sembilan.
- Permohonan disemak dan pengeluaran resit pemprosesan.
- Menerima Permohonan Yang Lengkap dan jelas.
- Permohonan di daftarkan.
- Permohonan akan dirujuk ke jabatan/ agensi berkaitan.
- Pemeriksaan premis perniagaan oleh Jabatan Pelesenan.
- Dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan untuk keputusan.
- Mengeluarkan Surat kepada pemohon
- Menyediakan Bil lesen yang telah lulus
Setiap Permohonan Baharu Lesen Premis Perniagaan Dan Iklan hendaklah membuat 4 Salinan berserta dokumen-dokumen yang diperlukan.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:-
- Gambar pemohon.
- Salinan Kad Pengenalan pemohon.
- Salinan Pendaftaran Syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
- Salinan surat perjanjian penyewaan atau bersankutan dengan penyewaan tanah dan bangunan.
- Salinan cukai tanah dan cukai pintu terkini.
- Salinan pelan lokasi perniagaan.
- Pelan lantai premis.
- Gambar premis (Pandangan hadapan dan dalam premis)Berwarna)
- Salinan iklan yang disahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka serta lokasi yang dipasang.
- Salinan Pendaftaran Pemadam Api.
- Resit bayaran pemprosesan RM 20.00.
- Untuk permohonan lesen perniagaan premis tidak berisiko, permohon perlu mendapatkan ulasan sokongan terlebih dahulu daripada Jabatan Bangunan MPPD
DOKUMEN TAMBAHAN LESEN PREMIS PERNIAGAAN :
TAMBAHAN KEPERLUAN DOKUMEN SOKONGAN MENGIKUT AKTIVITI PERNIAGAAN