PROSEDUR PERMOHONAN BAHARU LESEN PENJAJA MEJA PAYUNG/ KERETA TOLAK/ BERGERAK
- Borang permohonan boleh di ambil di kaunter Jabatan Pelesenan, Tingkat 2 Terminal Bas PD atau muat turun borang di laman web mppd.gov.my
- Mengemukakan permohonan di :-
Kaunter Jabatan Pelesenan, MPPD
Tingkat 2 Terminal Bas PD,
71000 Port Dickson, Negeri Sembilan.
- Permohonan disemak.
- Menerima Permohonan Yang Lengkap dan jelas.
- Permohonan di daftarkan.
- Permohonan akan dirujuk ke jabatan/ agensi berkaitan.
- Pemeriksaan tapak oleh Jabatan Pelesenan.
- Dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan untuk keputusan
- Mengeluarkan surat kepada pemohon.
- Menyediakan Bil lesen yang telah lulus.
PERMOHONAN BAHARU LESEN PENJAJA PERLU MEMBUAT 2 SALINAN:-
BAGI PENJAJA MEJA PAYUNG/ PENJAJA KERETA TOLAK
Dokumen yang diperlukan (2 Salinan ):-
- Salinan Kad Pengenalan.
- Gambar Pemohon
- Pelan lokasi / tapak
- Gambar lokasi / tapak perniagaan bagi permohonan penjaja meja payung / kereta tolak sahaja.
- Surat kebenaran tuan tanah (Jika Tanah persendirian)
atau
BAGI PENJAJA BERGERAK
Dokumen yang diperlukan (2 Salinan ):-
- Salinan Kad Pengenalan.
- Gambar Pemohon
- Geran Kenderaan dan Lesen Memandu (Pemohon)
- Gambar Kenderaan dari pandangan sisi, hadapan dan belakang (Yang berwarna)