MENU

 

ARAHAN SEMASA BAGI MENCEGAH PENULARAN WABAK COVID - 19 DI DALAM KAWASAN MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON

 

SELARAS DENGAN PERUTUSAN YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA MENGENAI COVID-19 PADA 16 MAC 2020, MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON MENETAPKAN PERKARA - PERKARA SEPERTI DI BAWAH BERMULA 18 MAC 2020 HINGGA 31 APRIL 2020.

 

  1. Semua aktiviti dan kemudahan awam meliputi premis perniagaan dan tandas     di pantai - pantai awam dan taman rekreasi di Port Dickson adalah ditutup.
  1. Semua aktiviti Pasar Malam, Pasar Tani, Pasar Minggu, Car Boot Sale,   Karnival Jualan, Ekspo, Fun Fair dan lain - lain penganjuran yang melibatkan perhimpunan orang ramai hendaklah ditutup.
  1. Semua aktiviti berasaskan hiburan dan sosial seperti snuker, boling, pusat gimnasium serta operator - operator produk pelancongan adalah ditutup.
  1. Semua premis perniagaan hendaklah ditutup kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.
  1. Aktiviti penjualan makanan seperti kedai makanan segera, restoran, medan selera, penjaja  boleh dibuka tetapi  hanya untuk makanan yang dibawa     pulang (take-away) atau melalui penghantaran oleh syarikat tertentu seperti Grab Food, Food Panda dan sebagainya.
  1. Pengunjung premis yang disenaraikan boleh beroperasi hendaklah sentiasa menjalankan aktiviti menyahkuman, mengamalkan pemakaian topeng muka (mask), kerap menggunakan pencuci tangan (hand sanitiser) selama berada di premis tersebut.
  1. Semua stesen minyak hendaklah menjalankan pembersihan nozzle setiap jam menggunakan bahan penyahkuman.

 

ARAHAN INI ADALAH SELARAS DENGAN SEKSYEN 65 AKTA 171, AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 KUASA SEMENTARA UNTUK MENUTUP TEMPAT AWAM

 

ARAHAN DARIPADA
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON