MENU

PENYELARASAN JADUAL OPERASI PREMIS PERNIAGAAN BERKUAT KUASA 24 MAC SEHINGGA 31 MAC 2020 DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT

(i) SEMUA premis makan, restoran, gerai makan di tepi jalan atau bahu jalan dan kendara saji (foodtruck) yang diberi lesen perniagaan (termasuk yang beroperasi 24 jam) dibenarkan beroperasi dari 7 pagi sehingga 8 malam.

(ii) SEMUA pasar raya, kedai runcit dan kedai serbaneka termasuk yang beroperasi 24 jam dibenarkan beroperasi bermula 7 pagi sehingga 8 malam.

(iii) SEMUA stesen minyak, termasuk kedai serbaneka stesen tersebut dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 8 malam.

(iv) SEMUA pasar awam dibenarkan beroperasi untuk pengguna mulai 6 pagi sehingga 12 tengah hari.

(v) SEMUA pasar malam, pasar tani dan dan pasar pagi tidak dibenarkan beroperasi

 

ARAHAN DARIPADA
KERAJAAN NEGERI SEMBILAN