Majlis Perbandaran Port Dickson ingin mempelawa pihak individu @ syarikat berdaftar yang berminat untuk mengemukakan Kertas Cadangan Penyewaan Tapak Penjaja Sungai Seguni.
- Borang Permohonan perlu diisi secara atas talian (online) dengan mengikuti arahan yang tertera di laman sesawang mymppd.mppd.gov.my/mymppd dan memenuhi kriteria permohonan yang telah ditetapkan.
- Kertas Cadangan Penyewaan perlu dikemukakan ke Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta sebelum atau pada 31 Mei 2024, Jumaat jam 5.00 petang.
- Pemohon diminta untuk menyemak status permohonan dari semasa ke semasa di dalam sistem online tersebut.