04 Mac 2026
BENGKEL PELAN STRATEGIK MPPD TAHUN 2026 – 2030
Bengkel Pelan Strategik MPPD bagi tahun 2026 – 2030 telah diadakan di PD Forest Sg Menyala bermula 2 hingga 4 Mac 2026. Bengkel ini dihadiri oleh semua Pengarah dan Penolong Pengarah dari setiap Jabatan di MPPD. Turut hadir Tuan Hasnor bin Abd Hamid, Yang Dipertua MPPD dan Encik Mohd Azizul Hakim bin Zaini, Setiausaha MPPD. Taklimat bengkel ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Syahrizad bin Mohd Sapandi, Pegawai daripada Institut Tadbiran Awam Negara





