Kunjungan hormat Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) kepada Ketua Pengarah Tourism Malaysia, YBrs. Encik Mohd Amirul Rizal bin Abdul Rahim.
Delegasi kunjungan MPPD ini telah diketuai oleh YBrs.Tuan Hasnor bin Abd Hamid, Yang Dipertua,diiringi oleh Setiausaha, Encik Mohd Azizul Hakim bin Zaini,serta Pengarah-pengarah Majlis. Kunjungan ini telah menjadi platform untuk memperkukuhkan hubungan kerjasama serta berkongsi pandangan dan idea dalam usaha mempromosikan Port Dickson sebagai salah satu destinasi pelancongan utama selari dengan pengiktirafannya sebagai Bandar Peranginan Negara.
Turut ditekankan semasa kunjungan ini ialah usaha mempergiatkan promosi ecotourism, budaya dan keunikan Port Dickson dan Negeri Sembilan bagi menarik lebih ramai pelancong sekaligus merancakkan Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026(TMNS2026)dan Tahun Melawat Malaysia 2026(VM2026) .
Semoga kerjasama ini dapat menyokong dan mendukung aspirasi MPPD untuk terus memperkasakan sektor pelancongan di Port Dickson





