LAWATAN PEMERIKSAAN AKHIR BAGI KERJA-KERJA NAIK TARAF LANDSKAP DI TAMAN POKET BATU 4 (TAPAK PASAR MALAM) SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN
Majlis Perbandaran Port Dickson telah mengadakan lawatan pemeriksaan akhir bagi Kerja-kerja naik taraf landskap di Taman Poket Batu 4 (Tapak Pasar Malam) serta lain-lain kerja berkaitan pada 17 Mac 2026.
Lawatan ini telah diselia dan diselaraskan oleh Jabatan Landskap & Pengindahan Bandar MPPD bersama pihak kontraktor.
Lawatan bertujuan untuk memastikan projek telah siap sepenuhnya dan mengikut spesifikasi kerja yang telah ditetapkan sebelum serahan projek dilaksanakan.





