LAWATAN PEMERIKSAAN AKHIR JABATAN KAWALAN BANGUNAN BERSAMA JABATAN TEKNIKAL DALAMAN MPPD KE :
1 UNIT RUMAH KEDIAMAN JENIS KEKAL 1 TINGKAT DI ATAS PT 332, PEKAN BAGAN PINANG BAGI TETUAN MAIZAH BINTI HARUN
Majlis Perbandaran Port Dickson telah menjalankan Lawatan Pemeriksaan Akhir bagi Projek Pembangunan 1 Unit Rumah Kediaman Jenis Kekal di Pekan Bagan Pinang pada 31.03.2026
Pemeriksaan ini telah dijalankan oleh Jabatan Kawalan Bangunan MPPD bersama dengan Jabatan Kejuruteraan MPPD, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPPD serta Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan, MPPD bersama-sama dengan pihak pemaju dan perunding. Lawatan pemeriksaan ini bertujuan untuk memastikan pembinaan yang dijalankan di tapak selaras dengan pelan kelulusan. Perunding perlu membuat pematuhan ulasan/teguran semasa pemeriksaan di tapak dijalankan sebelum surat sokongan lawatan akhir dikeluarkan.
Adalah diingatkan kepada Pemaju dan Perunding agar mematuhi kesemua syarat dan ulasan yang dikeluarkan oleh jabatan teknikal dalaman, MPPD merujuk kepada undang-undang yang dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran PortDickson





