LAWATAN TURUN PADANG YDP MPPD BERSAMA PEMAJU BSS DEVELOPMENT SDN. BHD
Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah mengadakan lawatan melibatkan beberapa jabatan MPPD bersama Yang DiPertua MPPD ke Galeri Jualan Matrix Concept, Sendayan pada 02 April 2026.
Lawatan turun padang ini telah diketuai oleh Jabatan Landskap & Pengindahan Bandar dan turut dihadiri oleh Jabatan Perancang Bandar, Jabatan Kawalan Bangunan, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta dan Jabatan Perkhidmatan, Perbandaran dan Kesihatan MPPD bersama-sama pihak pemaju.
Lawatan turun padang ini bertujuan untuk membincangkan cadangan penyerahan kawasan selenggaraan landskap dan status bangunan galeri jualan sebelum proses serahan dilaksanakan.





