LAWATAN TAPAK BAGI PERMOHONAN BANTUAN BAIK PULIH RUMAH PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR (PPKB)
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan(KPKT) telah meluluskan 3 Ketua Isi Rumah (KIR) di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Port Dickson ( MPPD) sebagai penerima manfaat Program Baik Pulih Rumah di Bandar (PBPR) Fasa 1 Tahun 2026 dengan peruntukan berjumlah RM60,000.00.
PBPR ini merupakan salah satu agenda nasional yang terpilih dalam Program Pembangunan Cakna Rakyat bercirikan kesejahteraan rakyat dan perlu dilaksanakan dengan sempurna dalam tempoh jangka pendek ‘quick win’ iaitu sebelum berakhirnya bulan Jun 2026.
Seramai 13 orang pegawai dari Jabatan Pelancongan, Korporat dan Komuniti dan Jabatan Kejuruteraan telah mengadakan lawatan tapak ke lokasi rumah pemohon iaitu Rumah Rakyat Lukut dan Taman Desa Pinang diketuai oleh Encik Mohammad Norazlan bin Othmany@Othman, Pengarah Jabatan Pelancongan, Korporat dan Komuniti.
Tujuan utama lawatan ini diadakan bagi memaklumkan kelulusan bantuan baik pulih rumah oleh KPKT kepada pemohon dan cadangan spesifikasi baik pulih kerosakan yang dikenalpasti serta jangkaan proses baik pulih rumah tersebut .
Program Baik Pulih Rumah di Bandar (PBPR) ini diharap dapat membantu golongan B40 miskin bandar menduduki rumah yang lebih selesa dan selamat untuk didiami serta bukti keprihatinan kerajaan terhadap komuniti yang benar-benar memerlukan.





