21 Apr 2026
KERJA-KERJA PEMERIKSAAN PANEL LAMPU JALAN (ADUAN AWAM) DI TAMAN PD DAMAI 2, PORT DICKSON
Majlis Perbandaran Port Dickson telah menjalankan pemeriksaan serta pengujian bagi sistem kawalan pada panel lampu limpah di Taman PD Damai 2, Port Dickson pada 21 April 2026.
Pemeriksaan tersebut telah dijalankan oleh Unit Elektrik, Jabatan Kejuruteraan MPPD untuk membaiki kerosakan pada sistem kawalan lampu.





