KUNJUNGAN HORMAT PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ASET (PPPA), UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) KE PEJABAT YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON SERTA PERBINCANGAN BERKAITAN SUMBANGAN MEMBANTU KADAR (SMK)
Timbalan Pengarah Pembangunan dari Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset UPM iaitu, Encik Mohammad Shahril bin Salleh telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson, Tuan Hasnor bin Abd Hamid.
Turut hadir bersama dalam kunjungan hormat tersebut adalah Pegawai-Pegawai dari pihak UPM iaitu, Puan Yatimulea binti Ramli (Ketua Bahagian Pembangunan Strategi dan Inovasi), Encik Mohd Fauzi bin Sukat (Juruukur Bangunan), Encik Mohamad Fadil bin Mohamad Nor (Penolong Jurutera) dan Puan Ruzaina binti Ahmad Radzaly (Penolong Pegawai Tadbir). Sesi pertemuan ini turut disaksikan oleh Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Majlis Perbandaran Port Dickson Sr Hafizi bin Jamil.
Pertemuan ini turut membincangkan beberapa perkara iaitu isu pencerobohan tanah milik UPM di Teluk Kemang, masalah berkaitan bil cukai taksiran dan Isu Kawasan persisir pantai di tanah milik yang digunakan oleh orang awam.
Diharapkan sesi kunjungan hormat ini dapat menjadi platform bagi memperkukuhkan hubungan kerjasama strategik di antara kedua-dua pihak.





