KEJOHANAN MUAYTHAI RISE OF THE CHALLENGER 2026
Kejohanan Muaythai _Rise Of The Challenger_ 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 1 hingga 3 Mei 2026 bertempat di Pantai Batu 1, Port Dickson. Seramai 248 peserta dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini, sekali gus mencerminkan perkembangan positif sukan Muaythai di peringkat nasional.
Majlis perasmian yang diadakan pada 2 Mei 2026 telah menyaksikan penganjuran sebanyak 12 perlawanan Muay Thai bagi kategori profesional, yang menampilkan aksi kompetitif serta berprestij daripada atlet-atlet muaythai profesional.
Kejohanan ini turut diserikan dengan kehadiran barisan tetamu kehormat iaitu Encik Amirul Azmir Izham bin Azizan, Pengarah Jabatan Kewangan mewakili Yang Dipertua MPPD; Deputi Superintendan (DSP) Mohd Ruslan Bin Mat Kib, Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson; Encik Mohd Ridzuan Abdullah, Presiden Muaythai Negeri Sembilan; Puan Valerie Wong, Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah; Datuk Michelle Koh, Deputy Chief de Mission SUKMA Sabah; Puan Christle Easther Micheal, Penolong Pengarah Sektor Sukan Majlis Sukan Negeri Sabah; Ir. Hj. Nazri Ab Razak, Presiden Persatuan Muaythai Negeri Sabah; Cyrille Dhillon Tahing, Ketua Jurulatih Muaythai Sabah; serta Ajman Ajmain, Presiden Persatuan Muaythai Daerah Sandakan.





