30 Apr 2026
KERJA-KERJA PEMERIKSAAN LAMPU HIASAN DI TAMAN POKET BATU 4, PORT DICKSON
Majlis Perbandaran Port Dickson telah menjalankan pemeriksaan serta pengujian bagi sistem kawalan lampu hiasan pada pokok dan juga arca di Taman Poket Batu 4, Port Dickson pada 30 April 2026.
Pemeriksaan tersebut telah dijalankan oleh Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandar, MPPD untuk membaiki kerosakan pada sistem kawalan lampu hiasan tersebut.





