OPERASI PEROBOHAN STRUKTUR GARAJ DI TAMAN BAGAN KURNIA, CHUAH
Operasi perobohan struktur garaj di Taman Bagan Kurnia, Chuah telah dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson menerusi Jabatan Kawalan Bangunan bersama Jabatan Teknikal MPPD serta kerjasama agensi teknikal luar iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).
Operasi ini dijalankan bagi merobohkan struktur binaan tanpa kelulusan yang didapati dibina di atas rizab awam, yang merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 46 Akta 133. Tindakan penguatkuasaan dibawah Seksyen 72 akta yang sama diambil setelah notis serta arahan berkaitan diberikan terlebih dahulu kepada pemilik premis.





