KESERONOKAN MALAM HARI KETIGA PRELUDE PESTA PORT DICKSON 2026
Suasana pada malam hari ketiga Prelude Pesta Port Dickson 2026 begitu rancak dengan kehadiran ramai pengunjung yang memenuhi pelbagai tarikan di kawasan pesta.
Aktiviti seperti karusel kuda, rumah hantu, jualan flea market, khemah pameran serta gerai makanan terus menjadi pilihan pengunjung untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.
Malam turut diserikan dengan persembahan bertenaga daripada Kumpulan Gatera dan Kristal X yang berjaya menghiburkan para pengunjung dengan sambutan yang menggalakkan.
Jumpa anda dihari kemuncak malam perasmian Prelude Pesta Port Dickson 2026.





