MALAM PERASMIAN PRELUDE PESTA PORT DICKSON 2026
Malam Perasmian Prelude Pesta Port Dickson 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah di Pantai Batu 1, Port Dickson. Majlis dimulakan dengan lawatan Yang Berhormat Puan Nicole Tan Lee Koon, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan bersama barisan tetamu kehormat ke kawasan pameran, permainan pesta serta pertunjukan Angkatan Tentera Malaysia yang terletak di pintu masuk kedua pesta.
Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson, YBrs. Tuan Hasnor bin Abd Hamid sebelum disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berhormat Puan Nicole Tan Lee Koon.
Sepanjang empat hari penganjuran, Prelude Pesta Port Dickson 2026 berjaya menarik kehadiran kira-kira 40,000 pengunjung yang hadir bagi menikmati pelbagai aktiviti dan tarikan yang disediakan. Kemeriahan malam perasmian turut diserikan dengan persembahan daripada Kumpulan Kartika dan Cherpen yang berjaya menghiburkan para pengunjung.
Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada AK Event serta seluruh barisan penganjur bersama atas komitmen, dedikasi dan kerjasama yang diberikan dalam merealisasikan Prelude Pesta Port Dickson 2026 dengan jayanya





