LAWATAN PEMERIKSAAN AKHIR JABATAN KAWALAN BANGUNAN BERSAMA JABATAN TEKNIKAL DALAMAN MPPD :
CADANGAN MEMBINA PROJEK PERUMAHAN : 12 UNIT RUMAH TERES 2 TINGKAT (RT1), 26 UNIT RUMAH TERES 1 TINGKAT (RT2), 14 UNIT RUMAH TERES 1 TINGKAT (RT3), 22 UNIT RUMAH MAMPU MILIK 1 TINGKAT (JENIS B) & 1 UNIT PENCAWANG ELEKTRIK BAGI TETUAN LEGACY WAY DEVELOPMENT SDN.BHD.
Majlis Perbandaran Port Dickson telah menjalankan Lawatan Pemeriksaan Akhir bagi Projek Pembangunan Perumahan di Taman Lukut Kristal, Kuala Lukut pada 08.06.2026
Pemeriksaan ini telah dijalankan oleh Jabatan Kawalan Bangunan MPPD bersama dengan Jabatan Perancang Bandar MPPD, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPPD, Jabatan Kejuruteraan, MPPD, Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandar, MPPD dan Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan bersama-sama dengan pihak pemaju dan perunding. Lawatan pemeriksaan ini bertujuan untuk memastikan pembinaan yang dijalankan di tapak selaras dengan pelan kelulusan. Perunding perlu membuat pematuhan ulasan/teguran semasa pemeriksaan di tapak dijalankan sebelum surat sokongan lawatan akhir dikeluarkan.
Adalah diingatkan kepada Pemaju dan Perunding agar mematuhi kesemua syarat dan ulasan yang dikeluarkan oleh jabatan teknikal dalaman, MPPD merujuk kepada undang-undang yang dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran PortDickson





