12 Jun 2026
PROGRAM ‘JOM HENTIKAN BEG PLASTIK SEKALI GUNA’
Majlis Perbandaran Port Dickson melalui Jabatan Pelesenan telah berjaya melaksanakan satu program kesedaran pada 12 Jun 2026 dengan kerjasama penganjur Pasar malam Bandar Sunggala serta pengunjung setempat.
Program ini memberi tumpuan kepada kempen menghentikan penggunaan plastik sekali guna serta menggalakkan amalan guna semula dan pengurangan sisa plastik dalam kalangan masyarakat.





