LAWATAN TAPAK YANG DIPERTUA DAN SETIAUSAHA MPPD BAGI PERSIAPAN PROGRAM MADANI KITA (PMK) 2026
24 Jun 2026, Kg Sawah Port Dickson -Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah mengadakan lawatan tapak ke Dewan Serbaguna Kampung Sawah sebagai langkah awal persiapan bagi penganjuran Program Madani Kita(PMK) Tahun 2026 yang akan berlangsung pada 27 Jun 2026 (Sabtu) ini.
Lawatan ini diketuai oleh Yang Dipertua MPPD, Ybhg. Tuan Hasnor bin Abd Hamid bersama Setiausaha MPPD, YBrs. Encik Mohd Azizul Hakim bin Zaini. Turut hadir ialah ketua-ketua jabatan serta wakil daripada Jabatan Kawalan Bangunan, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Pelancongan Korporat dan Komuniti, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan, Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandar serta beberapa kakitangan MPPD.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk meninjau keadaan semasa lokasi, mengenal pasti keperluan logistik dan kemudahan yang perlu disediakan serta menyelaras tindakan awal antara jabatan yang terlibat bagi memastikan kelancaran penganjuran Program Madani Kita (PMK) 2026.
Selain itu, lawatan ini turut memberi tumpuan kepada aspek persediaan bagi majlis perasmian Dewan Serbaguna Kampung Sawah yang yang akan diadakan semasa program tersebut.





