PROGRAM MADANI KITA DI LINGGI, PORT DICKSON
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Tuan Hasnor bin Abd Hamid, Ahli-ahli Majlis MPPD serta ketua-ketua jabatan MPPD telah menghadiri Majlis Perasmian Program MADANI Kita (PMK) yang telah berlangsung di Dewan Orang Ramai Linggi, Port Dickson hari ini.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.
Program MADANI Kita merupakan anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dan Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama pelbagai kementerian, jabatan, agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan serta rakan strategik.
MPPD turut memberikan kerjasama dan sokongan sepenuhnya dalam menjayakan program ini menerusi penyelarasan logistik dan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
Penganjuran Program MADANI Kita menjadi platform yang memperkukuh hubungan antara kerajaan dan rakyat melalui penyampaian maklumat berkaitan dasar serta inisiatif Kerajaan MADANI. Selain itu, program ini turut memudahkan masyarakat mendapatkan pelbagai perkhidmatan secara terus daripada agensi-agensi kerajaan serta menjadi medium bagi menyalurkan pandangan, cadangan dan keperluan komuniti ke arah penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap, responsif dan berkesan.





