09 Jul 2026
KERJA-KERJA MEMBUKA DAN MEMBAIK PULIH PAPAN TANDA YANG ROSAK DI BANDAR PORT DICKSON
Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah menerima aduan awam berhubung papan tanda usang dan rosak di sekitar Bandar Port Dickson pada 9 Julai 2026.
Susulan itu, Unit Tindak Cepat, Jabatan Kejuruteraan MPPD telah melaksanakan kerja-kerja membuka papan tanda yang rosak serta membaik pulih papan tanda yang masih boleh digunakan.
Tindakan ini diambil bagi memastikan keselamatan orang awam serta mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.





