LAWATAN TURUN PADANG YANG DIPERTUA MPPD, TUAN HASNOR BIN ABD HAMID KE PANTAI CERMIN, PANTAI TANJUNG BIRU DAN PANTAI CAHAYA NEGERI, PORT DICKSON
Pada 21 Julai 2026, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Tuan Hasnor bin Abd Hamid telah mengadakan lawatan turun padang ke Pantai Cermin, Pantai Tanjung Biru dan Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson bagi meninjau keadaan semasa di setiap lokasi serta meneliti cadangan penambahbaikan yang berpotensi dilaksanakan pada masa hadapan. Lawatan ini bertujuan menyelaras perancangan awal sebagai persediaan bagi cadangan pembangunan dan permohonan peruntukan, selaras dengan usaha mempertingkatkan kemudahan awam, aspek keselamatan, kebersihan serta tarikan kawasan pantai.
Lawatan ini telah diselaraskan oleh Jabatan Kejuruteraan MPPD dan turut disertai oleh pegawai daripada Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandar, Jabatan Bangunan serta Jabatan Perancang Bandar bagi membincangkan cadangan pembangunan di setiap lokasi agar perancangan yang dirangka dapat dilaksanakan secara lebih tersusun, berimpak tinggi dan memenuhi keperluan masyarakat serta para pengunjung.





