PEMERIKSAAN LAMPU JALAN DI TAMAN NEBULA DAN TAMAN QUASAR, BANDAR SPRINGHILL
Pada 22 Julai 2026, Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah menjalankan pemeriksaan lampu jalan di Taman Nebula dan Taman Quasar, Bandar Springhill bagi memastikan kerja-kerja pemasangan telah dilaksanakan dengan sempurna serta memenuhi spesifikasi dan piawaian yang ditetapkan.
Pemeriksaan telah dilaksanakan oleh Jabatan Kejuruteraan MPPD bersama pihak pemaju dan kontraktor sebagai sebahagian daripada proses verifikasi sebelum penyerahan kemudahan awam kepada MPPD.
Pemeriksaan ini bertujuan memastikan setiap komponen yang dipasang berada dalam keadaan baik, selamat dan berfungsi dengan sempurna sebelum diterima oleh pihak majlis.
Sebarang teguran atau ketidakpatuhan yang dikenal pasti semasa pemeriksaan telah dimaklumkan kepada pihak pemaju dan kontraktor untuk tindakan pembetulan sebelum proses penyerahan akhir dilaksanakan.
Langkah ini mencerminkan komitmen MPPD dalam memastikan setiap kemudahan awam yang diterima memenuhi standard kualiti yang ditetapkan, sekali gus menjamin keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan penduduk serta penyampaian perkhidmatan yang berkualiti.





