PENYERAHAN BENDERA JALUR GEMILANG
Matrix Concepts Holdings Berhad telah mengadakan sesi penyerahan Bendera Jalur Gemilang kepada Majlis Perbandaran Port Dickson pada 7 Ogos 2026 (Jumaat) bertempat di Pejabat YDP MPPD, yang telah diserahkan kepada YBrs. Encik Mohd Azizul Hakim bin Zaini, Setiausaha MPPD, bagi mewakili YDP MPPD.
Dengan kehadiran wakil Matrix Concepts Holdings Berhad iaitu Encik Pak Heng Cheong, Pengurus Besar Kanan, Perancangan Projek; Haji Mustaza bin Musa, Pengurus Kanan, Hal Ehwal Tanah dan Perhubungan Pihak Berkuasa; serta Encik Teh Derwoei daripada Bahagian Korporat.
Sesi penyerahan ini merupakan sebahagian daripada usaha menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan, semangat kerjasama antara agensi kerajaan bersama agensi swasta serta kecintaan terhadap negara sempena Bulan Kebangsaan.





