17 Ogo 2026
KEMERIAHAN MAGNETIC PD NIGHT DI PANTAI BAGAN PINANG
Pantai Bagan Pinang kembali meriah menerusi Magnetic PD Night dengan sambutan pengunjung yang memeriahkan suasana, khususnya ketika berlangsungnya pertunjukan api.
Buat anda yang belum sempat merasai sendiri suasana Magnetic PD Night, jangan risau! Program ini masih akan diteruskan sehingga penghujung tahun 2026.
Masih ada masa dan peluang untuk anda bersama-sama menikmati kemeriahan malam di Port Dickson. Nantikan program-program seterusnya menerusi laman sosial rasmi MPPD.





