LAWATAN TAPAK BAGI PELAKSANAAN PEMASANGAN PAPAN TANDA UKUR TINGGI OLEH JABATAN KESIHATAN NEGERI SEMBILAN
Majlis Perbandaran Port Dickson telah mengadakan lawatan tapak bagi pelaksanaan pemasangan papan tanda ukur tinggi oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan pada projek menaik taraf taman permainan kanak-kanak kelainan upaya (Mesra Oku) di Pantai Bagan Pinang pada 13 Ogos 2026.
Lawatan ini telah diselia dan diselaraskan oleh Jabatan Landskap & Pengindahan Bandar MPPD bersama Puan Sharifah Nur Aisyah binti Syed Mu'azam Shah, Pegawai Sains Pemakanan,Unit Pemakanan, Klinik Kesihatan Port Dickson.
Lawatan bertujuan untuk memastikan kerja - kerja pemasangan papan ukur tinggi yang dijalankan oleh kontraktor yang dilantik mematuhi spesifikasi kerja yang telah ditetapkan.





