BENGKEL BUSINESS REQUIREMENT SPECIFICATION (BRS) BAGI NAIKTARAF SISTEM MYENFORCEMENT MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON (MPPD)
Majlis Perbandaran Port Dickson telah mengadakan Bengkel Penyediaan Spesifikasi Keperluan Bisnes (BRS) Bagi Naiktaraf Sistem MyEnforcement MPPD pada 17 Ogos 2026 bertempat di Bilik Latihan ICT, MPPD.
Bengkel ini telah diselia dan diselaraskan oleh Bahagian Teknologi Maklumat bersama Jabatan Penguatkuasaan dan Unit Perundangan.
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan input, pandangan dan keperluan sebenar pengguna (user requirements) berkaitan proses pengurusan notis amaran dan sitaan. Selain itu, bengkel ini bertujuan untuk memperincikan aliran proses kerja, keperluan fungsi sistem, peranan dan tanggungjawab anggota serta keperluan data dan dokumen yang berkaitan bagi memastikan modul yang dibangunkan selaras dengan prosedur kerja dan keperluan operasi penguatkuasaan.
Hasil bengkel ini akan menjadi asas kepada penyediaan Business Requirement Specification (BRS) yang lebih komprehensif dan seterusnya membantu memastikan pembangunan modul Notis Amaran dan Pengurusan Sitaan dapat dilaksanakan secara sistematik, berkesan dan memenuhi keperluan pengguna.





