LAWATAN YANG DIPERTUA MPPD KE PASAR LINGGI
Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) sekali lagi mengadakan lawatan ke Pasar Linggi bagi meninjau keadaan semasa serta mengenal pasti skop pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf infrastruktur dan kemudahan pasar berkenaan.
Lawatan ini dihadiri oleh YBhg. Tuan Hasnor bin Abd Hamid, Yang Dipertua MPPD, bersama wakil Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta serta Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan MPPD.
Lawatan ini turut memberi fokus kepada penelitian keadaan kemudahan sedia ada bagi memastikan perancangan kerja naik taraf dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan memenuhi keperluan peniaga serta pengunjung Pasar Linggi.





