LAWATAN PENYERAHAN KIOS PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR (PPKB)
Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) meneruskan usaha memperkasa komuniti melalui Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) dengan mengadakan Lawatan Penyerahan Kios kepada penerima pada 21 Ogos 2026.
Penyediaan kios ini merupakan salah satu inisiatif MPPD bagi membantu golongan B40 dan keluarga berpendapatan rendah menjana pendapatan serta meningkatkan taraf sosioekonomi keluarga melalui peluang perniagaan yang lebih tersusun dan berdaya maju.
Lawatan ini dihadiri oleh YBhg. Tuan Hasnor Bin Abd Hamid, Yang Dipertua MPPD, dan YBrs.Encik Mohd Azizul Hakim bin Zaini, Setiausaha MPPD. Turut hadir, Encik Mohammad Norazlan bin Othmany, Pengarah Jabatan Pelancongan, Korporat dan Komuniti MPPD,serta kakitangan jabatan.





