MPPD MENYAMBUT BAIK PROGRAM MAJLIS DAERAH TAMPIN (MDT) MERDEKA RIDE 2026
Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD)telah berbesar hati menerima kunjungan daripada Majlis Daerah Tampin(MDT) bagi menyokong usaha MDT dalam menyemarakkan semangat kemerdekaan menerusi pelaksanaan Program MDT Ride 2026.
Program ini melibatkan penyerahan Jalur Gemilang dan Direktori Pelancongan MDT kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Sembilan, termasuk MPPD, sebagai simbolik dalam menyemarakkan semangat patriotisme serta memperkukuh jalinan kerjasama antara PBT.
MPPD yang diketuai oleh YBhg. Tuan Hasnor bin Abd Hamid, Yang Dipertua, YBrs. Encik Mohd Azizul Hakim bin Zaini, Setiausaha serta barisan ketua-ketua jabatan MPPD telah menyambut kunjungan daripada MDT yang diketuai oleh YBhg. Puan Suriani binti Salihan, Yang Dipertua MDT, serta warga kerja MDT.





