LAWATAN PEMANTAUAN OLEH PLAN MALAYSIA UNTUK PROGRAM BANDAR SELAMAT 2.0 TAHUN 2026 HADAPAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK HAJI ABDUL SAMAD PORT DICKSON
Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), melalui Urusetia Jabatan Perancang Bandar, telah menerima kunjungan daripada Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) selaku penyelaras Program Bandar Selamat (PBS) 2.0. Kunjungan ini bertujuan untuk mengadakan lawatan pemantauan tapak bagi meninjau pelaksanaan projek menaik taraf laluan pejalan kaki serta kerja-kerja berkaitan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Abdul Samad, Port Dickson.
Delegasi PLANMalaysia terlebih dahulu dibawa ke Bilik Integrated Command Centre (ICC) MPPD untuk sesi taklimat oleh Bahagian Teknologi Maklumat berkaitan dengan fungsi dan penggunaan bilk tersebut. Seterusnya, delegasi bergerak ke tapak projek bagi mendengar taklimat teknikal dan kemajuan semasa daripada Jabatan Kejuruteraan MPPD.
Hasil daripada lawatan tersebut, pihak Majlis komited untuk memastikan projek ini disiapkan mengikut jadual demi keselamatan serta keselesaan seluruh warga sekolah dan komuniti setempat





