PROGRAM LEADERSHIP EXCELLENCE & ORGANISATIONAL SYNERGY MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON 2026
Berteraskan usaha untuk memperkukuh kepimpinan dan meningkatkan kerjasama dalam organisasi, Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah melaksanakan Program Leadership Excellence & Organisational Synergy MPPD 2026 pada 26 hingga 27 Ogos 2026 bertempat di Amverton Cove Golf & Island Resort, Pulau Carey, Selangor.
Program ini telah disertai oleh YBhg. Tuan Hasnor Bin Abd Hamid, Yang Dipertua MPPD, YBrs. Encik Azizul Hakim Bin Zaini, Setiausaha MPPD, barisan pegawai, Ketua-Ketua Jabatan, Bahagian dan Unit serta Penolong-Penolong Pegawai MPPD.
Penganjuran program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan MPPD untuk memperkukuh keupayaan kepimpinan, meningkatkan pemikiran strategik dan membina budaya kerja yang lebih bersepadu serta berorientasikan pencapaian.





